Amalan wakaf

Pengertian Wakaf ialah salah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Home Top Ad

Islamic Relief menjalankan program wakaf sebagai salah satu usaha meneruskan amalan yang sangat dituntut oleh Islam, serta tradisi sosial ...

Islamic Relief menjalankan program wakaf sebagai salah satu usaha meneruskan amalan yang sangat dituntut oleh Islam, serta tradisi sosial yang yang dimulakan pada zaman Raulullah S.A.W. Sumbangan untuk program wakaf ini akan dimasukkan ke dalam satu tabung khas di mana penggunaannya akan dilakukan mengikut syarak.

Diantara program Waqaf anjuran Islamic Relief yang dilaksanakan hasil sumbangan wang dan tenaga dari orang ramai dari seluruh dunia termasuk program kemanusiaan bagi mangsa Tsunami di Indonesia, Pusat Latihan Komputer bagi anak-anak yatim Palestin di Jordan dan project rawatan mata di Bangladesh.

Islamic Relief Malaysia mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang ramai di dalam menjayakan program wakaf anjuran Islamic Relief. Setiap sokongan, samada kecil mahupun besar begitu bermakna di dalam usaha umat Islam meneruskan tradisi sosial seperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.

PERBEZAAN DI ANTARA WAKAF DAN SEDEKAH • Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh m...

PERBEZAAN DI ANTARA WAKAF DAN SEDEKAH

• Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan.

• Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Sesuatu harta apabila telah diwakafkan, pewakaf sudah tidak memiliki hak dan campurtangan ke atas harta tersebut.

• Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.

HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang diwakafkan dalam bentuk wakaf berikut : A...

HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN

Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang diwakafkan dalam bentuk wakaf berikut :



A) Wakaf Al-I'qar (Harta Tak Alih) iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan seperti:

• Memberikan tanah untuk bangunan atau kegiatan masyarakat yang berguna bagi syiar Islam.

• Memberikan bangunan untuk kegunaan sekolah, hospital dan sebagainya.

B) Wakaf Al-Manqul (Harta Alih) Iaitu harta yang boleh dipindahkan seperti wang tunai, kitab, buku, meja, pakaian, senjata, alat-alat pertanian, binatang yang boleh diambil susunya dan sebagainya.

C) Wakaf Al-Musya'

Menurut kebanyakan ulama' harus mewakafkan harta yang dikongsi atau dimiliki bersama dengan orang lain yang tidak boleh dibahagi seperti dua orang mempunyai hak ke atas rumah dan sebuah kereta. Jika salah seorang pemilik mewakaf bahagiannya, maka wakaf ini adalah sah.

D) Wakaf Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat)

Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan satu tingkat bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang mewakafkan tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat demikian tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie dan Hambali.

E) Wakaf Al-Irsod

Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum seperti sebidang tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya mengikut syarak.

JENIS WAKAF Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu : Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan ...

JENIS WAKAF

Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu :



Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak bertentangan dengan syarak.



Wakaf Muqayyad (KHAS) – amalan mewakafkan harta dimana pewakaf menyatakan tujuan wakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.

Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya.

SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN 1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya. 2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf...

SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN

1. Harta itu mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya.

2. Harta yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu.

3. Harta yang diwakafkan itu dapat memberi faedah dan manfaat yang berpanjangan.

4. Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

5. Harta yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah.

6. Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna orang yang pewakaf.

SYARAT ORANG YANG MEWAKAFKAN Pewakaf adalah : 1. Beragama Islam 2. Cukup umur (akil baligh) 3. Waras (sempurna akal fikiran) 4. Ah...

SYARAT ORANG YANG MEWAKAFKAN

Pewakaf adalah :

1. Beragama Islam

2. Cukup umur (akil baligh)

3. Waras (sempurna akal fikiran)

4. Ahli tasarruf / tabaruk

5. Pilihan sendiri (ikhtiari)

6. Merdeka

RUKUN WAKAF 1. Pihak yang mewakafkan. 2. Pihak yang menerima wakaf 3. Benda yang diwakafkan. 4. "Sighah" iaitu ijab dan qa...

RUKUN WAKAF

1. Pihak yang mewakafkan.

2. Pihak yang menerima wakaf

3. Benda yang diwakafkan.

4. "Sighah" iaitu ijab dan qabul.

HIKMAH WAKAF 1. Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t. 2. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi waka...

HIKMAH WAKAF

1. Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

2. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumbalumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.

3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.

4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.

5. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

DEFINISI WAKAF Wakaf ialah menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan nia...

DEFINISI WAKAF

Wakaf ialah menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan itu.

Wakaf berasal dari perkataan Arab yang bermaksud menahan atau menghentikan.

Dari segi istilah, ianya bermaksud menahan sesuatu benda atau harta supaya hasil atau manfaat daripada harta tersebut boleh digunakan untuk tujuan kebaikan.

DALIL HADIS mengenai Wakaf Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalan...

DALIL HADIS mengenai Wakaf

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Hadis riwayat Jamaah:

Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?"

Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, kamu sedekahkanlah ia dengan menahan harta itu supaya ia tidak boleh dijual, dibeli atau ditukar hak miliknya." Lalu Umar menyedekahkan tanah itu kerana Allah. Tanah dan segala hasil daripadanya terus menerus digunakan oleh kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, para musafir, orang-orang lemah, dan ibnu sabil.

WAKAF DI DALAM ISLAM Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana tradisi tersebut dipegang kuat oleh...

WAKAF DI DALAM ISLAM

Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana tradisi tersebut dipegang kuat oleh sahabat- sahabat dan para pengikutnya. Sistem wakaf telah memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada golongan yang tidak bernasib baik dan melahirkan ramai para pemikir terulung dan berbagai institusi di dalam peradaban Islam.

Wakaf adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf selama harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan. Contoh amalan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah apabila Sayidina Umar mewakafkan sebuah ladang yang dihadiahkan kepadanya supaya hasil tanaman dari ladang tersebut dapat dimilikki oleh masyarakat setempat ketika itu.

Di satu ketika yang lain pula, Sayidina Uthman b. Affan telah membeli sebuah telaga yang dikenali sebagai telaga Roman yang kemudiannya dijadikan sumber air oleh orang ramai pada ketika itu.

Sejak itu, amalan wakaf terus berkembang, apabila umat Islam mula mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan masjid. Oleh kerana masjid adalah sumber ilmu, maka wakaf dikembangkan pula ke pembinaan pusat pengajian, kediaman, kesihatan dan berbagai infrastruktur lain sehinggalah pada hari ini.

Di antara pusat pengajian Islam terulung hasil dari amalan wakaf termasuk Universiti AlAzhar di Mesir, Al-Qarawiyyin dan Zaitouna. Dari segi pentadbiran kerajaan pula, satu contoh perlaksanaan Wakaf Tunai bagi membantu kesejahteraan rakyatnya adalah pada zaman Empayar Uthmaniyah di Turki. Empayar Uthmaniyah mencapai kegemilangan dengan bantuan amalan wakaf tunai yang meluas ketika itu sehingga berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahankemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan seumpamanya kepada masyarakat Turki.

Di dalam sector perubatan, salah satu hospital yang dibina hasil dari amalan wakaf ialah Hospital Al Noorie di Damascus yang dibina pada tahun 1145AD. Ianya adalah hospital pertama yang meggunakan sistem rekod perubatan yang kemudiannya menjadi pusat pengajian perubatan. Ramai ahli perubatan terkenal menamatkan pengajian mereka di pusat perubatan ini termasuk Ibn Nafis, ahli perubatan terulung yang menemui teori system pernafasan di dalam paru-paru manusia.

Hospital ini beroperasi sehingga 7 abad dan sebahagian daripada hospital ini masih beroperasi sehingga ke hari ini. 2 Amalan Wakaf merangkumi segala aspek kehidupan termasuk pembinaan jalan dan jambatan, menyediakan sumber bekalan air bagi penduduk setempat, pemberian wang tunai bagi kerja-kerja penyelenggaraan harta wakaf, alat bertani, buku-buku, ilmu dan sebagainya yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Wakaf adalah salah satu konsep pemberian harta yang terdapat di dalam Islam. Konsep ini juga adalah berlandaskan konsep sedekah. Kita boleh ...

Wakaf adalah salah satu konsep pemberian harta yang terdapat di dalam Islam. Konsep ini juga adalah berlandaskan konsep sedekah.

Kita boleh merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar; iaitu apabila Umar Ibn al-Khattab mahu mensedekahkan sebidang tanahnya, Rasulullah s.a.w telah bersabda Kalau engkau setuju, tahanlah harta berkenaan dan sedekahkan manfaat (hasil) kepada tujuan-tujuan kebajikan. Umar kemudiannya mensedekahkan hasil tanah tersebut kepada fakir miskin, sanak saudaranya, pembebasan hamba dan tujuan ke jalan Allah dengan syarat harta tersebut tidak boleh dijual, diwarisi dan diberikan kepada orang lain.

Apabila seseorang telah mewakafkan hartanya maka dia tidak mempunyai apa-apa hak atau hubungan ke atas harta tersebut. Sebagai contoh jika harta yang diwakafkan adalah sebidang tanah maka tuanpunya tanah tidak boleh menjual, mencagar atau memindah milik tanah tersebut.

Harta tersebut dianggap sebagai hak Allah. Penerima wakaf tersebut adalah perlu memanfaatkan harta tersebut menurut syarat-syarat wakaf.

Terdapat dua kategori wakaf, iaitu wakaf am dan wakaf khas.
- Wakaf am adalah wakaf yang dilakukan untuk tujuan kebajikan tanpa menentukan mana-mana penerima dengan cara khusus. Sebagai contohnya, seseorang itu mewakafkan tanahnya di atas tujuan kebajikan dan tidak menentukan kepada siapa hasil tanah itu patut diberi. Maka terpulang kepada penerima wakaf untuk menentukan siapa dan bagaimana kegunaan/hasil tanah tersebut diberi, di atas tujuan kebajikan.

- Wakaf khas adalah di mana terdapat tujuan khusus dan penerima-penerima yang tertentu bagi hasil wakaf tersebut. Pemberi wakaf akan menetapkan siapa penerima wakaf dan bagaimana kegunaan wakaf tersebut perlu diagihkan.
Wakaf khas termasuklah wakaf yang boleh diberikan kepada keluarga. Biasanya bagi wakaf keluarga, pemberi wakaf akan mensyaratkan peratusan tertentu bagi ahli keluarga yang tertentu.

Pemberi wakaf juga boleh membahagikan harta secara kombinasi iaitu wakaf am dan wakaf khas. Sebagai contoh pemberi wakaf boleh memberi peratusan yang tetap dari hasil tanah kepada ahli keluarganya (wakaf khas) dan selebihnya di beri kepada kebajikan.

Majlis Agama Islam adalah badan yang bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengurusan harta wakaf. Ini adalah di atas rujukan terhadap Seksyen 61 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993. Oleh itu pemberi wakaf haruslah membuat permohonan ke Majlis Agama Islam. Permohonan tersebut haruslah menjelaskan tujuan, takat pemberian dan penerima wakaf (sekiranya khusus). Dokumen hakmilik harta juga harus disertakan.

Pihak Majlis akan menjalankan siasatan dan memastikan bahwa harta tersebut adalah bersih dari apa-apa tuntutan. Setelah pasti bahawa tiada apa-apa halangan ke atas wakaf tersebut maka barulah permohonan tersebut diluluskan.
Pemberi wakaf akan menyempurnakan suratcara (dokumen) bagi penyempurnaan wakaf. Beliau juga harus membawa dua orang saksi.

Suratcara ini akan disediakan oleh pihak Majlis. Suratcara ini akan menyatakan butir-butir pemberi wakaf, saksi-saksi, jenis harta yang mahu diwakafkan, peratusan pembahagian dan tujuan wakaf tersebut. Ini adalah bagi memastikan tiada kesangsian terhadap bagaimana wakaf tersebut akan diuruskan.

Pemberi wakaf juga harus menyediakan surat akuan sumpah bagi menyatakan dan membuktikan bahawa wakaf tersebut dilakukan dengan kehendaknya sendiri dan tiada unsur paksaan. Ini adalah bagi mengelakkan timbulnya tuntutan dari pihak pewaris.

Semasa proses memberi wakaf ini, pemberi wakaf akan melafazkan ijab (penawaran) dan pihak Majlis akan menyatakan qabul (penerimaan) atau kesediaannya menjalankan wakaf tersebut. Pemberi wakaf sekiranya harta yang diwakafkan adalah tanah maka perlu kemudiannya menyempurnakan proses pindahmilik harta. Majlis akan menjadi pemegang amanah tunggal hartanah tersebut dan bertanggung jawab untuk melaksanakan hasrat pemberi wakaf.