Pengertian Wakaf ialah salah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Home Top Ad

WAKAF DI DALAM ISLAM Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana tradisi tersebut dipegang kuat oleh...

Wakaf di dalam Islam

WAKAF DI DALAM ISLAM

Wakaf merupakan satu tradisi sosial yang diturunkan oleh Rasulullah S.A.W dimana tradisi tersebut dipegang kuat oleh sahabat- sahabat dan para pengikutnya. Sistem wakaf telah memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada golongan yang tidak bernasib baik dan melahirkan ramai para pemikir terulung dan berbagai institusi di dalam peradaban Islam.

Wakaf adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf selama harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan. Contoh amalan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah apabila Sayidina Umar mewakafkan sebuah ladang yang dihadiahkan kepadanya supaya hasil tanaman dari ladang tersebut dapat dimilikki oleh masyarakat setempat ketika itu.

Di satu ketika yang lain pula, Sayidina Uthman b. Affan telah membeli sebuah telaga yang dikenali sebagai telaga Roman yang kemudiannya dijadikan sumber air oleh orang ramai pada ketika itu.

Sejak itu, amalan wakaf terus berkembang, apabila umat Islam mula mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan masjid. Oleh kerana masjid adalah sumber ilmu, maka wakaf dikembangkan pula ke pembinaan pusat pengajian, kediaman, kesihatan dan berbagai infrastruktur lain sehinggalah pada hari ini.

Di antara pusat pengajian Islam terulung hasil dari amalan wakaf termasuk Universiti AlAzhar di Mesir, Al-Qarawiyyin dan Zaitouna. Dari segi pentadbiran kerajaan pula, satu contoh perlaksanaan Wakaf Tunai bagi membantu kesejahteraan rakyatnya adalah pada zaman Empayar Uthmaniyah di Turki. Empayar Uthmaniyah mencapai kegemilangan dengan bantuan amalan wakaf tunai yang meluas ketika itu sehingga berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan serta menjadi pelengkap kepada usaha-usaha pembangunan dalam penyediaan kemudahankemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan seumpamanya kepada masyarakat Turki.

Di dalam sector perubatan, salah satu hospital yang dibina hasil dari amalan wakaf ialah Hospital Al Noorie di Damascus yang dibina pada tahun 1145AD. Ianya adalah hospital pertama yang meggunakan sistem rekod perubatan yang kemudiannya menjadi pusat pengajian perubatan. Ramai ahli perubatan terkenal menamatkan pengajian mereka di pusat perubatan ini termasuk Ibn Nafis, ahli perubatan terulung yang menemui teori system pernafasan di dalam paru-paru manusia.

Hospital ini beroperasi sehingga 7 abad dan sebahagian daripada hospital ini masih beroperasi sehingga ke hari ini. 2 Amalan Wakaf merangkumi segala aspek kehidupan termasuk pembinaan jalan dan jambatan, menyediakan sumber bekalan air bagi penduduk setempat, pemberian wang tunai bagi kerja-kerja penyelenggaraan harta wakaf, alat bertani, buku-buku, ilmu dan sebagainya yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

0 comentários: